Saturday, March 28, 2009

Darah Rakyat



Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan
Rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim

Ayuh! ayuh!
Bergerak! Sekarang!
Merah Putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat

KTHXBYE.

Thursday, March 26, 2009

Muar bukan JB, Muar adalah Muo!

Di dalam entry kali ini, aku ingin menceritakan tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Muar, Johor. Pada cuti pertengahan semesta, aku dan Nwa @ Tun Nakiwa telah melawati beberapa tempat menarik dan ingin berkongsi pengalaman kami semasa di sana.

Pada hari pertama, kami telah mengunjungi kopitiam 434. Kopi 434 ini adalah product asli dari Muar. Aku telah dihidangkan dengan kopi ini sejak di bangku sekolah lagi. Tapi dulu-dulu jual kopi saja, sekarang dah ada kopitiam nya sendiri. Syabas. Memang best lepak sana. Tak caya tanya lah Nwa.

Ice Honey Supreme Tea + Kaya bun


Ice Elephant Bean AA Coffee + Kaya bun


Hiasan dalaman yang sungguh classic.


LOL


Memang puas gila. Hilang penat balik Muar. "Minum 10 kali pun takpa", tambah Nwa lagi. Setelah kami selesai minum, kami pergi ke bahagian depan kopitiam untuk melihat package kopi segera yang dijual. Beraneka pilihan dan harga yang berpatutan. Sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat di Muar ini. Agak keberatan juga bagi kami untuk melangkah keluar dari kopitiam tersebut. Pada keesokan harinya, kami bersarapan di sebuah restaurant yang terletak berdekatan dengan kopitiam tersebut. Hidangan kali ini pula adalah Satey & Lontong. Sedap gila. Tak tipu.

Tudia


Suasana di dalam kedai


Suasana di luar kedai


Kalau kat Muar, asyik makan saja. Oleh itu aku pun pulang ke Melaka. :P

KTHXBYE.

Steamboat! bak kata Mr Emad

Beberapa minggu yang lepas, kami(aku dan housemate sekeluarga) telah mengadakan sedikit jamuan makan bersama. Ini adalah percubaan pertama kami menghidang jamuan steamboat.

Daego yang sibuk menguruskan persiapan steamboat kami.


Antara bahan mentah yang digunakan


Mula-mula masukkan bawang dan cilipadi,


kemudian air


Siap!


Kami terlentang selama 3jam akibat menghabiskan kesemua hidangan ini. Boleh tahan juga rasa nya. Terima kasih kepada Apis kerana menaja transportation kami untuk membeli bahan mentah diatas. "Senang-senang boleh buat lagi", kata Daego kepuasan.

Ini adalah Daego


Ini pula kasut baharu ku. Hehe


KTHXBYE.