Friday, February 6, 2009

Haiz.

Pulang dari class Computer virus & Intrusion detection, lepak sebentar bersama Izwan dan Ejam di Times Restaurant, tempat berjamu-selera kegemaran Izwan. Kami berborak kosong sambil makan dinner. Setelah itu aku pulang ke bilik. Kepala ku agak pening. Penat menumpukan perhatian di class agak nya. Aku pun baring di katil lalu tertidur dengan tidak sengaja. Sedar-sedar saja jam 7 lebih. Kepalaku masih pening. Tiba-tiba jer aku terfikir pasal study. Baru kusedari subjectku yang tinggal sungguh tunggang langgang. Walaupun subject yang tinggal kurang dari 10, tetapi aku tidak berjaya menyusun jadual nya dengan baik. Aku sungguh runsing kerana bimbang tidak dapat menghabiskan pelajaran ku di MMU pada masa yang dijangka. Akhirnya setelah berbincang dengan seorang rakanku, aku bercadang untuk pergi ke FIST esok hari untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas solat Maghrib, aku melayan lagu-lagu yang berada di komputer ku sambil cuba memetik guitar mengikut irama lagu-lagu tersebut. Aku gagal hampir separuh dari nya LOL. Sedang aku asyik melayan lagu, aku didatangi housemateku, mereka mengajakku bermain DOTA, permainan cyber yang digilai oleh remaja masa kini. Aku yang ketika itu sedang bosan pada tahap yang agak kritikal, bersetuju untuk bermain permainan tersebut. Setelah 3 permainan berturut-turut, kami berhenti sedangkan Daego masih lagi memicit-micit Razer nya menunjukkan rasa tidak puas hati mahukan lebih permainan. Aku biarkan nya melayan nafsu game nya. Aku kembali ke bilik untuk melayari Facebook, saja jer. Tiba-tiba jer aku terjumpa ni,



KTHXBYE.

Wednesday, February 4, 2009

Hookah.

Nak dijadikan cerita, pada cuti semester lepas, aku ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan gadisku, Shasha. Dia belajar kat Kimarie Academy, berdekatan dengan Plaza Lowyat. Setelah dia pulang dari class, aku mengajaknya ke Plaza Lowyat, saja nak tengok pricelist kelengkapan computer. Setelah puas menghabiskan masa di Plaza Lowyat, Shasha mengajakku ke Plaza Sungei Wang pula, saja jalan-jalan katanya. Di dalam perjalanan ke Plaza Sungei Wang, mataku tertarik ke arah sebuah kedai Arab. Macamku kenal peralatan itu. Peralatan yang selalu kusewa di restaurant Al-Jazeera untuk mereleasekan tension. Ya, shisha ataupun dengan nama famousnya, Hookah. Berbalang-balang shisha dijual disitu. Aku pun dengan sukacitanya mengajak Shasha masuk ke kedai tersebut. "Banyaknya balang shisha!", kata Shasha. Aku pun mengangguk bersetuju. Sedang kami terpersona melihat balang-balang tersebut, kami didatangi oleh seorang akak yang fasih menggunakan slang utara. "Hang nak beli shisha ka ?" katanya. "Mai nak tengok-tengok ja kak", aku pun sebuk gak nak guna slang utara, kut-kut boleh runding harga hihi. Akak tu pun membebel lah tentang shisha-shisha yang dijual nya. Aku pun agak interested dengan bebelannya. Setelah lama dan hampir kering tekaknya membebel, aku dengan segan silunya berkata, "Nanti saya mai balik kak, nak tengok duit dulu". "Hoh kat depan ni macam-macam ATM ada dik, adik nak ATM apa semua ada", balasnya menyindir. Aku tersenyum saja lalu meninggalkan kedai itu. Aku berbincang dengan Shasha tentang wajarkah aku membeli shisha tersebut. Setelah semalaman berfikir, aku bersetuju untuk membeli shisha itu kerana :

1. Rumah sewa aku tiada entertainment. Kalau ada shisha mungkin lagi best.
2. Aku sudah lama ingin memiliki shisha sendiri, kalau tak hisap pun boleh buat perhiasan.
3. Aku ada lah duit extra untuk beli shisha ni.
4. Gadisku tak menunjukkan tanda-tanda marah ketika aku menyuarakan pendapat untuk membeli shisha ini.
5. Yang paling penting sekali, aku nak beli sebab nak ajak la housemate-housemate aku lepak bersama setelah kami busy seharian di kampus.

Oleh itu, aku telah membeli shisha tersebut, satu set lengkap bersama flavour Al-Fakher. Semuanya bernilai RM200. Ya, mungkin selama ini setiap barang yang kubeli telah kuceritakan kepada rakan-rakan. Tapi takkan semua aku nak cerita, aku ni pelupa. Lagipun aku beli shisha ini adalah untuk kegunaan rumah. Segan lah nak cerita kat khalayak ramai. Rumah aku ni serba kekurangan. Televisyen av output pun tiada. Nak main game console pun kena guna monitor CRT Daego.Sedih bukan ? Ya, sebab itulah aku beli shisha ni. Setahu aku lah, selama aku di MMU ni, jarang sekali rakan-rakanku mengajakku untuk keluar bersama. Tengok wayang ker, makan-makan ker, main bowling ker, karaoke ker. Takpa lah tak mati pun aku kalau mereka tak mengajakku, aku kan kebal. Dan tidak salah kalau aku terlupa untuk mengajak rakan-rakanku bershisha dirumahku. Lagipun tak ramai rakan-rakanku yg pernah datang kerumahku. Boleh dikira dengan jari. Panjang, Izwan, Ejam, Nwa dan Faiz. Mereka saja lah yang pernah sudi kerumahku.Ya lah,rumahku serba kekurangan. Sekali lagi kunyatakan. Aku takut dihina oleh rakan-rakanku tentang keadaan rumah ku yg serba kekurangan ini. Dengan itu aku segan untuk mengajak mereka hadir kerumahku untuk bershisha. Tapi takpa lah, salah aku lagi.



KTHXBYE.

Kenapa blog baru ?

Setelah merapu dengan agak panjang di entry sebelum ini, baru ku perasan yang aku belum menyatakan alasan kepada kenapa dan mengapa aku membuka blog baru dan mendelete blog lama. Dengan ini, sukacitanya aku telah mengetag diriku sendiri untuk menjawab soalan ini, Kenapa blog baru ?

1. Salah satu azam aku untuk tahun 2009, iaitu menulis blog baru yang kurang elemen-elemen penjajah, dengan kata lain melebihkan penggunaan bahasa kebangsaanku, Bahasa Melayu.
2. Blog lama ku mempunyai entry yang agak mengundang.
3. Macam boring jer tengok blog lama aku.
4. Aku saja nak nama blog baru, sempena keinginanku terhadap mereleasekan blog yang bertemakan Bahasa Melayu.
5. Blog lama dah berbulan-bulan tak update, rasa janggal untuk mengupdatenya kembali, dengan itu aku membuat keputusan drastik iaitu terus mendeletenya saja.
6. Tiba-tiba jer rajin nak merapu kat blog.
7. Daego main ps2 24jam, membuatkan aku tiba-tiba jer buka blog baru.
8. Flavour Nakhla telah di approve oleh aku dan rakan-rakan ku.
9. Rasa macam nak beli console baru, tu yang aku buka blog ni.
10. Aku berjaya register Computer virus & intrusion detection ! huhu.

KTHXBYE.

MMU oh MMU !

Ku mulakan semester 2009 ini dengan serba kekurangan. Kenapa ? Satu subject pun aku tak register. Sepatutnya aku dah register dari semester lepas lagi, sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Tapi aku degil. Malas jumpa Mr Shohel, Academic Advisor aku. Bukan berbau sangat pun kawasan tu bak kata Izwan. Tapi ntah lah. Susah nak explain. Nak dipendekkan cerita, aku cakap lain nanti Mr Shohel ingat lain. Mengundang namanya tu. Tiap-tiap semester macam tu. Nak dipendekkan cerita lagi, aku call saja Mr Shohel. Kat phone dia paham pulak apa yang aku cakap. Pelik. Tapi takpa lah. So kira nya lepas perbualan kami tadi, dia bersetuju untuk mengisi assessment untukku dan dengan itu aku boleh lah register subject. Pergi cybercafe kat Sungai Abong, Green Apple. "Boss, kasi open pc 18!", kataku. Lengchai tu pandang aku semacam sebelum mengatakan, "OK...". Aku pun pergi lah kat pc 18. Ku buka website MMU online application, ku ketik pada subject registration. 5 minit selepas itu, kedengaran bunyi yang agak annoying dari hasil hempasan mouse razer ditanganku. Acah jer mouse capalang apa entah cybercafe tu pakai."Woi mouse tu lu mau beli ka ?", kata lengcai yang jaga counter. Aku diam saja kerana masih kepanasan pada waktu itu. Satu pun subject yang inginku register tidak berjaya kerana semua nya full. Nak dipendekkan cerita lagi, aku tiba2 jer dah ada kat MMU. Masih lagi tiada subject yang diregister. Ku tunggu dari hari ke hari, satu persatu subject kuregister kerana ada lah sapa2 yang drop subject tu. Sampai pagi tadi, cuma computer virus & intrusion detection saja yang belumku register. Pada tepat jam 2.30 tadi, nasibku berubah. Seorang stranger telah mendropkan subject itu secara sengaja ataupun tidak, telah membuatkanku berjaya untuk register subject itu. Entry ini adalah attempt pertamaku berbahasa baku setelah 4 tahun meninggalkan sekolah. KTHXBYE.