Pada hari pertama, kami telah mengunjungi kopitiam 434. Kopi 434 ini adalah product asli dari Muar. Aku telah dihidangkan dengan kopi ini sejak di bangku sekolah lagi. Tapi dulu-dulu jual kopi saja, sekarang dah ada kopitiam nya sendiri. Syabas. Memang best lepak sana. Tak caya tanya lah Nwa.
Ice Honey Supreme Tea + Kaya bun
Ice Elephant Bean AA Coffee + Kaya bun
Hiasan dalaman yang sungguh classic.
LOL
Memang puas gila. Hilang penat balik Muar. "Minum 10 kali pun takpa", tambah Nwa lagi. Setelah kami selesai minum, kami pergi ke bahagian depan kopitiam untuk melihat package kopi segera yang dijual. Beraneka pilihan dan harga yang berpatutan. Sesuai dengan pelbagai lapisan masyarakat di Muar ini. Agak keberatan juga bagi kami untuk melangkah keluar dari kopitiam tersebut. Pada keesokan harinya, kami bersarapan di sebuah restaurant yang terletak berdekatan dengan kopitiam tersebut. Hidangan kali ini pula adalah Satey & Lontong. Sedap gila. Tak tipu.
Tudia
Suasana di dalam kedai
Suasana di luar kedai
Kalau kat Muar, asyik makan saja. Oleh itu aku pun pulang ke Melaka. :P
KTHXBYE.
nice. kopi 434!
ReplyDelete