Wednesday, February 4, 2009

MMU oh MMU !

Ku mulakan semester 2009 ini dengan serba kekurangan. Kenapa ? Satu subject pun aku tak register. Sepatutnya aku dah register dari semester lepas lagi, sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester. Tapi aku degil. Malas jumpa Mr Shohel, Academic Advisor aku. Bukan berbau sangat pun kawasan tu bak kata Izwan. Tapi ntah lah. Susah nak explain. Nak dipendekkan cerita, aku cakap lain nanti Mr Shohel ingat lain. Mengundang namanya tu. Tiap-tiap semester macam tu. Nak dipendekkan cerita lagi, aku call saja Mr Shohel. Kat phone dia paham pulak apa yang aku cakap. Pelik. Tapi takpa lah. So kira nya lepas perbualan kami tadi, dia bersetuju untuk mengisi assessment untukku dan dengan itu aku boleh lah register subject. Pergi cybercafe kat Sungai Abong, Green Apple. "Boss, kasi open pc 18!", kataku. Lengchai tu pandang aku semacam sebelum mengatakan, "OK...". Aku pun pergi lah kat pc 18. Ku buka website MMU online application, ku ketik pada subject registration. 5 minit selepas itu, kedengaran bunyi yang agak annoying dari hasil hempasan mouse razer ditanganku. Acah jer mouse capalang apa entah cybercafe tu pakai."Woi mouse tu lu mau beli ka ?", kata lengcai yang jaga counter. Aku diam saja kerana masih kepanasan pada waktu itu. Satu pun subject yang inginku register tidak berjaya kerana semua nya full. Nak dipendekkan cerita lagi, aku tiba2 jer dah ada kat MMU. Masih lagi tiada subject yang diregister. Ku tunggu dari hari ke hari, satu persatu subject kuregister kerana ada lah sapa2 yang drop subject tu. Sampai pagi tadi, cuma computer virus & intrusion detection saja yang belumku register. Pada tepat jam 2.30 tadi, nasibku berubah. Seorang stranger telah mendropkan subject itu secara sengaja ataupun tidak, telah membuatkanku berjaya untuk register subject itu. Entry ini adalah attempt pertamaku berbahasa baku setelah 4 tahun meninggalkan sekolah. KTHXBYE.

No comments:

Post a Comment