Wednesday, February 4, 2009

Hookah.

Nak dijadikan cerita, pada cuti semester lepas, aku ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan gadisku, Shasha. Dia belajar kat Kimarie Academy, berdekatan dengan Plaza Lowyat. Setelah dia pulang dari class, aku mengajaknya ke Plaza Lowyat, saja nak tengok pricelist kelengkapan computer. Setelah puas menghabiskan masa di Plaza Lowyat, Shasha mengajakku ke Plaza Sungei Wang pula, saja jalan-jalan katanya. Di dalam perjalanan ke Plaza Sungei Wang, mataku tertarik ke arah sebuah kedai Arab. Macamku kenal peralatan itu. Peralatan yang selalu kusewa di restaurant Al-Jazeera untuk mereleasekan tension. Ya, shisha ataupun dengan nama famousnya, Hookah. Berbalang-balang shisha dijual disitu. Aku pun dengan sukacitanya mengajak Shasha masuk ke kedai tersebut. "Banyaknya balang shisha!", kata Shasha. Aku pun mengangguk bersetuju. Sedang kami terpersona melihat balang-balang tersebut, kami didatangi oleh seorang akak yang fasih menggunakan slang utara. "Hang nak beli shisha ka ?" katanya. "Mai nak tengok-tengok ja kak", aku pun sebuk gak nak guna slang utara, kut-kut boleh runding harga hihi. Akak tu pun membebel lah tentang shisha-shisha yang dijual nya. Aku pun agak interested dengan bebelannya. Setelah lama dan hampir kering tekaknya membebel, aku dengan segan silunya berkata, "Nanti saya mai balik kak, nak tengok duit dulu". "Hoh kat depan ni macam-macam ATM ada dik, adik nak ATM apa semua ada", balasnya menyindir. Aku tersenyum saja lalu meninggalkan kedai itu. Aku berbincang dengan Shasha tentang wajarkah aku membeli shisha tersebut. Setelah semalaman berfikir, aku bersetuju untuk membeli shisha itu kerana :

1. Rumah sewa aku tiada entertainment. Kalau ada shisha mungkin lagi best.
2. Aku sudah lama ingin memiliki shisha sendiri, kalau tak hisap pun boleh buat perhiasan.
3. Aku ada lah duit extra untuk beli shisha ni.
4. Gadisku tak menunjukkan tanda-tanda marah ketika aku menyuarakan pendapat untuk membeli shisha ini.
5. Yang paling penting sekali, aku nak beli sebab nak ajak la housemate-housemate aku lepak bersama setelah kami busy seharian di kampus.

Oleh itu, aku telah membeli shisha tersebut, satu set lengkap bersama flavour Al-Fakher. Semuanya bernilai RM200. Ya, mungkin selama ini setiap barang yang kubeli telah kuceritakan kepada rakan-rakan. Tapi takkan semua aku nak cerita, aku ni pelupa. Lagipun aku beli shisha ini adalah untuk kegunaan rumah. Segan lah nak cerita kat khalayak ramai. Rumah aku ni serba kekurangan. Televisyen av output pun tiada. Nak main game console pun kena guna monitor CRT Daego.Sedih bukan ? Ya, sebab itulah aku beli shisha ni. Setahu aku lah, selama aku di MMU ni, jarang sekali rakan-rakanku mengajakku untuk keluar bersama. Tengok wayang ker, makan-makan ker, main bowling ker, karaoke ker. Takpa lah tak mati pun aku kalau mereka tak mengajakku, aku kan kebal. Dan tidak salah kalau aku terlupa untuk mengajak rakan-rakanku bershisha dirumahku. Lagipun tak ramai rakan-rakanku yg pernah datang kerumahku. Boleh dikira dengan jari. Panjang, Izwan, Ejam, Nwa dan Faiz. Mereka saja lah yang pernah sudi kerumahku.Ya lah,rumahku serba kekurangan. Sekali lagi kunyatakan. Aku takut dihina oleh rakan-rakanku tentang keadaan rumah ku yg serba kekurangan ini. Dengan itu aku segan untuk mengajak mereka hadir kerumahku untuk bershisha. Tapi takpa lah, salah aku lagi.



KTHXBYE.

1 comment: