Friday, February 6, 2009

Haiz.

Pulang dari class Computer virus & Intrusion detection, lepak sebentar bersama Izwan dan Ejam di Times Restaurant, tempat berjamu-selera kegemaran Izwan. Kami berborak kosong sambil makan dinner. Setelah itu aku pulang ke bilik. Kepala ku agak pening. Penat menumpukan perhatian di class agak nya. Aku pun baring di katil lalu tertidur dengan tidak sengaja. Sedar-sedar saja jam 7 lebih. Kepalaku masih pening. Tiba-tiba jer aku terfikir pasal study. Baru kusedari subjectku yang tinggal sungguh tunggang langgang. Walaupun subject yang tinggal kurang dari 10, tetapi aku tidak berjaya menyusun jadual nya dengan baik. Aku sungguh runsing kerana bimbang tidak dapat menghabiskan pelajaran ku di MMU pada masa yang dijangka. Akhirnya setelah berbincang dengan seorang rakanku, aku bercadang untuk pergi ke FIST esok hari untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas solat Maghrib, aku melayan lagu-lagu yang berada di komputer ku sambil cuba memetik guitar mengikut irama lagu-lagu tersebut. Aku gagal hampir separuh dari nya LOL. Sedang aku asyik melayan lagu, aku didatangi housemateku, mereka mengajakku bermain DOTA, permainan cyber yang digilai oleh remaja masa kini. Aku yang ketika itu sedang bosan pada tahap yang agak kritikal, bersetuju untuk bermain permainan tersebut. Setelah 3 permainan berturut-turut, kami berhenti sedangkan Daego masih lagi memicit-micit Razer nya menunjukkan rasa tidak puas hati mahukan lebih permainan. Aku biarkan nya melayan nafsu game nya. Aku kembali ke bilik untuk melayari Facebook, saja jer. Tiba-tiba jer aku terjumpa ni,



KTHXBYE.

1 comment: